Gerhana terbaru Astronomi

Gerhana bulan terkini adalah pada 3 hingga 4 Mac 2007. Ia merupakan L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.

Gerhana bulan 3 Mac 2007 di MadridFasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007

Jasad samawi

Orang Cina tidak mengehadkan pemerhatian mereka kepada gerhana. Mereka turut merekodkan kejadian komet yang di anggap malang. Kini ia diketahui bahawa komet sebenarnya terdiri daripada jisim kecil yang diselubungi kelonsong gas, dan tidak merbahaya, tetapi pandangan komet yang terang dengan kepala berkilauan dan ekor yang panjang cukup untuk menggerunkan manusia zaman dahulu.

Orang-orang Cina dan pencerap awal, terutamanya orang Mesir Purba, berpuas hati mengumpulkan rekod mereka tanpa berasa bimbang akan erti pelbagai fenomena. Ini mungkin disebabkan bahawa alam angkasa dianggap alam tuhan dan selama beberapa abad adalah mustahil untuk membezakan antara astronomi dari astrologi-kepercayaan ghaib mengenai bintang. Sehingga kini kekeliruan tersebut adalah biasa, tetapi tidak sepatutnya berlaku. Astronomi ialah sains sedangkan astrologi adalah tidak berguna bagi sesiapapun.

Bintang-bintang kelihatan mengekalkan pola yang sama di langit, sementara Matahari, Bulan dan planet kelihatannya merayau perlahan-lahan di merata tempat. Sungguhpun begitu, 'yang merayau' tidaklah bergerak sembarangan; ia kekal pada jaluran yang sama di langit, dikenali sebagai Buruj (Zodiak). Menurut astrologi, ciri-ciri dan masa depan seseorang ditentukan oleh kedudukan Matahari dan anggota Sistem Suria lain ketika dilahirkan. Keseluruhan idea tersebut sememangnya tidak berasas, tetapi hanya dua abad kebelakang sahaja astrologi diketepikan. Setelah itu, ia dianggap lebih penting berbanding astronomi sebenar.

Selain daripada merakamkan kejadian menakjubkan seperti gerhana dan komet, termasuk menghasilkan takwim yang boleh digunakan, orang-orang Cina tidaklah memajukan astronomi. Orang-orang Mesir Purba sebaliknya terbukti amat mahir mengukur kedudukan bintang yang kelihatan, dan mereka menyusun Piramid Agung mereka yang terkenal menurut apa yang ketika itu adalah Bintang Utara di langit. Ini adalah penting kerana ia memberikan petunjuk kepada usia Piramid itu sendiri.

Paksi putaran Bumi condong pada sudut 23 darjah pada sudut tepat. Pada masa kini, paksi Bumi mengarah ke arah utara pada kedudukan hampir kepada bintang Polaris yang terang, dengan itu dinamakan Bintang Utara. Ketika Piramid sedang dibina, kutub di langit terletak pada kedudukan berbeza dan Bintang Kutub adalah objek yang tidak begitu terang — sebaliknya yang paling terang adalah Bintang Thuban dalam buruj Dragon. Bumi bukannya sfera bulat yang sempurna; ia leper sedikit, oleh itu bahagian zon khatulistiwa tersembul keluar, dan ukuran garis pusat (diameter) melalui kutub adalah 26 batu lebih pendek berbanding garis pusat melalui khatulistiwa. Matahari, bulan dan badan lain menarik bonjolan ini, dan ini menjadikan paksi bumi kelihatan beroleng dengan amat perlahan, seperti gasing yang hampir jatuh. Ini menghasilkan kesan yang dikenali sebagai liukan. Titik utara membentuk pusingan di langit, dan bergerak agak banyak semenjak Piramid Agung dibina.

Astronomi sedang berkembang dan terus berkembang. Bintang-bintang dibahagikan kepada buruj khusus; pencerapan bermula di negara lain, dan takwim semakin diperbaiki. Kemudian, muncul pula orang-orang Yunani yang membawa pengetahuan saintifik.

Berkaitan